Ada Duit Lebih Yang Hanya Terperap Di Bank Dan Tidak Mendatangkan Apa-Apa Hasil?
Mari Saya Tunjukkan... Bagaimana Untuk "Beranakkan" Duit anda Menerusi Pelaburan Saham Syariah Secara Online Di Bursa Malaysia!
Kata-kata ini sebenarnya telah diungkapkan oleh Robert T. Kiyosaki. di dalam bukunya yang berjudul "Rich Dad, Poor Dad".
Di dalam buku tersebut, beliau mengajar dan mengajak orang ramai agar meningkatkan ilmu pengetahuan mereka di dalam ilmu pengurusan kewangan , agar satu hari nanti, mereka tidak perlu lagi bekerja bermatian-matian untuk mendapatkan wang... tetapi, mereka boleh gunakan wang yang mereka ada untuk menghasilkan lebih banyak wang!
Sebenarnya, ada banyak cara untuk membolehkan wang yang kita ada.. menghasilkan lebih banyak wang!
Namun di sini... saya akan fokuskan kepada teknik mem"beranak"kan wang dengan menggunakan kaedah pelaburan saham!
Secara spesifiknya, pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia atau dulu lebih dikenali dengan nama Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE).
Mengapa Pelaburan Saham?.
Satu hukum yang anda perlu faham di dalam dunia pelaburan ialah.... keuntungan yang tinggi datang bersama risiko yang tinggi (High Risk, High Return), manakala keuntungan yang rendah, datang bersama risiko yang rendah (Low Risk, Low Return).Dibawah ini graf perkadaran antara kadar risiko dan juga kadar pulangan keuntungan yang boleh diperolehi bagi setiap jenis pelaburan dalam tempoh tahunan..
Anda boleh lihat, pelaburan yang berisiko rendah seperti Deposit Tetap (Fixed Deposit), hanya akan mampu memberikan kadar pulangan yang rendah, iaitu dibawah 5% setahun kerana risiko untuk anda kehilangan duit anda juga sangat-sangat rendah.
Jika anda simpan sahaja duit anda di ASB atau Tabung Haji, kadar pulangan yang boleh anda perolehi setahun adalah sekitar 5-10%.
Manakala, jika anda melaburkan duit anda dengan membeli emas atau hartanah, potensi untuk duit anda membiak adalah sekitar 20% setahun... namun anda perlu pegang ("hold") pelaburan tersebut dalam tempoh yang sedikit lama, biasanya sekitar 10-20 tahun.
Unit amanah pula, adalah salah satu instrumen pelaburan yang bagus juga. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang lebih gemar melabur secara pasif, iaitu mereka yang lebih suka "letak dan biar" duit mereka.
Manakala, jika anda jenis yang suka membuat analisis, suka melihat carta, suka membaca laporan dan berita serta mahukan pulangan yang lebih tinggi bagi wang anda... Maka, pelaburan saham adalah lebih sesuai untuk anda.
Untuk pelaburan jenis CFD dan Forex, sememangnya, ia boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi lagi dari pelaburan saham, namun kedua-dua pelaburan tersebut adalah tidak patuh syariah, jadi, sebagai seorang muslim, saya tidak menggalakkan anda untuk melabur di kedua-dua jenis pelaburan tersebut.
Sesuaikah Anda Melabur Dalam Saham?
Pelaburan saham itu adalah salah satu alat yang boleh anda gunakan untuk "beranak"kan duit anda! Tetapi... terus terang saya katakan... ia sebenarnya, bukanlah sesuai untuk semua orang!Anda perlu check dan kenalpasti terlebih dahulu, kedudukan serta kemampuan kewangan diri anda sendiri.. sama ada sesuai atau tidak untuk melabur di dalam pasaran saham.
Berikut adalah beberapa ciri orang yang tidak sesuai untuk melabur di dalam pasaran saham!
Ops! Siapa Saya?
Oh maaf! Terlalu teruja bercerita pasal saham, terlupa pula saya untuk memperkenalkan diri!Jadi, izinkan saya memperkenalkan diri saya serba sedikit!
Nama Saya Dr Zul Izzi Nordin!
Saya dulu, sebenarnya adalah seorang doktor gigi! Biasalah, doktor ini sama lah juga macam cikgu... bila dah pencen pun,orang masih tetap panggil cikgu atau doktor.
Alhamdulilah, dari pekerjaan yang saya lakukan itu, maka, dapatlah saya menyimpan wang serba sedikit.
Pada mulanya, saya tercari-cari juga, apakah cara yang terbaik dan sesuai untuk saya "beranakkan" wang simpanan saya ini.
Iyalah, kalau sekadar simpan sahaja di dalam akaun bank, lama-kelamaan nilai wang itu akan semakin susut di hakis inflasi. jadi, nak tak nak, saya kena cari satu kaedah bagaimana saya dapat menggandakan wang simpanan yang saya ada.
Teringat Pesan Ayah!
Jadi, fikir punya fikir, saya teringat akan kata-kata arwah bapa saya sewaktu saya masih bersekolah dahulu.Arwah bapa saya pernah berpesan... kalau ada duit lebih dan nak jadi kaya... belilah saham! Pada waktu itu, saya tidaklah ambil serius sangat pasal pesanan itu. Iyalah masih sekolah lagi kan... apa yang saya tahu waktu itu, hanyalah belajar... belajar.. dan belajar.
Sebenarya, bapa saya adalah merupakan seorang pelabur saham.. saya masih ingat, sewaktu zaman persekolahan saya tahun 90-an dahulu, saya selalu melihat bapa saya membaca laporan saham di suratkhabar dan juga menonton TV tentang berita dan perkembangan turun naik saham. Pada waktu itu, saya tidak tahu pun bahawa bapa saya melabur saham.
Jadi, berdasarkan kenangan tersebut, saya mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia pelaburan saham.
Saya mula membeli dan menelaah beratus-ratus buku berkaitan saham, keluar masuk seminar dan kursus... sambil-sambil itu, berani-beranikan diri membeli dan menjual saham.
Dalam tempoh 2 tahun pertama saya menceburkan diri dalam pelaburan saham ini... boleh dikatakan, saya lebih banyak mengalami kerugian berbanding keuntungan.
Jika di kumpul-kumpulkan, jumlah kerugian yang saya alami hampir mencecah RM20,000.
Namun begitu, saya tidaklah menjadi serik dan terlalu stress.... sebab, wang tersebut, sememangnya sudah pun saya peruntukan untuk digunakan dalam pelaburan saham dan saya memang bersedia untuk terima hakikat jika saya kehilangan wang tersebut.
Sedikit nasihat saya....
Ini adalah adalah perkara yang sangat -sangat-sangat penting!....Jika anda ingin melabur dalam saham, pastikan anda hanya gunakan wang lebihan yang anda ada. pastikan juga, anda sanggup serta bersedia untuk kehilangan wang tersebut.
Jangan sesekali gunakan wang yang anda peruntukan untuk keperluan keluarga , digunakan melabur ke dalam saham. Jangan.. jangan.. jangan!
Perkara ini saya sudah tekankan sejak dari awal lagi, pastikan anda hanya gunakan wang lebihan dari simpanan kecemasan anda untuk melabur saham. Jangan gunakan wang perbelanjaan atau wang simpanan kecemasan anda untuk melabur dalam saham.
Mulai Menjana Keuntungan Yang Konsisten
Baiklah! Berbalik kepada kisah saya tadi...Selepas 2 tahun berjual beli saham dengan keadaan untung, rugi, rugi, rugi, untung, rugi,rugi, rugi..... akhirnya, mulai tahun 2017, saya mula mendapat rentak dan mula menjana keuntungan yang konsisten dalam pelaburan saham!
Alhamdulilah.. setelah menelaah berpuluh-puluh buku dan menghadiri berbelas-belas kursus dan seminar, saya mulai faham dan jelas.. bagaimana untuk melabur di dalam pasaran saham dengan cara yang betul.
Disini, saya sertakan serba sedikit result-result yang saya perolehi di dalam pelaburan saham.
Ok! Ok!... Cukuplah tu!
Untuk anda yang mungkin kurang faham dengan gambar diatas, ianya adalah gambar screenshoot bagi saham-saham yang telah saya miliki.Unrealized P/L $ yang saya bulatkan pada gambar-gambar screenshoot diatas adalah, merujuk kepada jumlah keuntungan yang saya perolehi dalam nilai ringgit apabila saya menjual saham yang saya miliki itu. Kini boleh diakatakan hampir setiap minggu, pasti akan ada saham yang saya beli atau jual!
Ya! Untuk pengetahuan anda, sejak saya berhenti menjadi doktor gigi pada tahun 2017, saya telah menjalankan pelaburan saham ini secara sepenuh masa! Hampir setiap hari, saya akan meluangkan masa beberapa jam untuk membaca laporan kewangan syarikat-syarikat saham yang bepotensi, dan akan membuat analisa teknikal kepada kaunter-kaunter yang menarik perhatian saya.
Jika ianya cukup menarik dan berpotensi, maka saya akan beli!
Begitulah rutin saya setiap hari dan ia sebenarnya tidaklah begitu mengambil begitu banyak masa saya.
Dengan menjadi pelabur, saya kini mempunyai lebih banyak masa terluang berbanding menjadi seorang doktor suatu ketika dulu.
Dan disebabkan agak banyak masa terluang, saya telah mengambil keputusan untuk belajar dan menduduki peperiksaan menjadi remisier saham pula. He he!
Alhamdulillah... awal tahun 2019, saya telah mendapat lesen dan secara rasminya menjadi seorang remisier dibawah syarikat Malacca Securities.
Ramai Nak Melabur, Tapi Kurang Ilmu
Apabila sudah menjadi remisier ni, saya telah berjumpa dengan ramai orang yang ingin menjadi pelabur. Namun begitu, apa yang saya perasan, bilangan bumiputera yang mendaftar dan membuka akaun pelaburan saham, adalah agak rendah.Sudahlah bilangan mereka sedikit, apabila mereka melabur, mereka tak nampak seperti melabur pun.... tetapi, lebih kepada bermain-main...
Ya! Main saham... main-main pilih kaunter.. main beli sahaja... dan main jual sahaja... dengar sesuatu saham tu macam nak naik.. mereka beli.. bila tengok harga saham mulai jatuh sedikit.. mereka pun jual. Akibatnya.. mereka lebih kerap mengalami kerugian berbanding keuntungan.
Disebabkan perkara itu... ia membuatkan saya tergerak hati untuk menulis sebuah ebook, yang dapat memberikan pendedahan awal serta panduan, khususnya kepada golongan bumiputera, bagaimana untuk melabur di dalam pasaran saham dengan betul dan menguntungkan!
Saya fikir, ada baiknya juga jika saya berkongsikan ilmu serta pengalaman saya melabur di dalam saham ini kepada orang ramai. Sekurang-kurangnya, ia dapat membantu mereka percepatkan lagi proses "learning curve" mereka. Tidak perlu lagi nak baca beratus-ratus buku serta masuk berbelas-belas seminar seperti mana yang pernah saya lakukan sebelum ini.
Mereka boleh belajar dengan lebih cepat dan pantas, serta dapat jimat lebih banyak masa dan wang!
Memperkenalkan Ebook "Jom Labur Saham"
Alhamdulilah, setelah beberapa bulan meluangkan masa menulis sambil-sambil bertrading di pasaran saham, akhirnya, saya berjaya menyiapkan sebuah ebook yang berjudul "Jom Labur Saham".Ebook ini saya tuliskan, khas untuk mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dan mengenali dunia pelaburan saham! Ianya adalah "startup guide" untuk orang baru!
Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini?
Ebook ini telah saya tulis dan susun dalam bentuk langkah demi langkah!Secara kasarnya, ada 5 langkah yang perlu anda lalui untuk mula melabur di dalam pasaran saham!
Hah! Itulah secara ringkas apa yang terkandung di dalam ebook setebal 115 halaman ini! Padat dengan info-info yang akan dapat membantu anda untuk mula melabur dalam pasaran dengan betul dan pantas.
Apa Kata Mereka?
Jom kita lihat sedikit apa kata mereka yang telah membaca ebook ini!
DAPAT BUKA AKAUN CDS!
Ebook nya sangat bagus dan berguna kepada saya. Dengan ebook ini saya dapat buka akaun CDS. Terima kasih banyak kepada penulis ebook.
En. Sivanesan
sivanesan4646 @ gmail.com
MEMBUKA MINDA!!
Alhamdulillah!,
Sangat membantu dan membuka minda saya terhadap dunia saham. Sebelum ini saya seperti kebanyakan orang, agak stigma apabila berfikir mengenai saham.
Terima kasih penulis yang berkongsi ilmu mahal kepada newbie seperti saya ni
Mohd Hafidzul
hafidzulmarni @ gmail.com
TERBAIK! MAKLUMAT LENGKAP!
Ebook ini mempunyai maklumat yang sangat lengkap dan berguna kepada semua orang yang hendak menceburi bidang pelaburan dalam saham. Terbaikkkkk!!!
Mohd Amir
mohdamir.sukardi @ gmail.com
AMAT MEMBANTU!
Susunan topik yang baik dan teratur. Mudah difahami dengan disertakan contoh dan lampiran sebagai penjelasan/rujukan lebih terperinci. Keseluruhannya adalah terbaik.
En. Zaidi
zaidia1288 @ gmail.com
Ada 3 Bonus Istimewa Untuk Anda!
Selain, ebook utama "Jom Labur Saham", saya juga akan berikan anda 3 bonus tambahan kepada anda yang bermiat untuk mendapatkan ebook ini pada hari ini!BONUS #1 : EBOOK 150 NOTA SAHAM
Dalam ebook ini, saya kongsikan nota-nota ringkas yang saya catatkan sewaktu membaca buku-buku berkaitan saham dan juga ilmu-ilmu dari kursus-kursus yang pernah saya hadiri.Ianya akan memudahkan anda mengenalpasti dan mempelajari point-point yang penting dengan pantas apabila ingin melibatkan diri dalam pelaburan saham.
BONUS #2 : SLIDE NOTA & VIDEO RAKAMAN TEKNIK MEMILIH SAHAM BERPOTENSI
Bonus kedua ini pula adalah merupakan rakaman video zoom saya di dalam menjelaskan tentang tips dan cara memilih kaunter yang berpotensi. Dalam video sepanjang 30 minit ini, saya berkongsikan panduan serta teknik saya memilih saham-saham yang bepotensi menggunakan kaedah technical analysis.Saya juga akan berikan salinan slide yang saya gunakan di dalam pembentangan di dalam video ini kepada anda!
BONUS #3 : TELEGRAM GROUP SUPPORT
Ya! Apabila anda membeli ebook ini, anda akan dijemput untuk menyertai group telegram khas yang saya sediakan untuk para pembeli ebook ni! Dalam group tersebut, saya akan berkongsi info-info tambahan berkaitan pelaburan saham.Anda juga boleh bertanyakan sebarang soalan berkaitan pelaburan saham di dalam group tersebut. Saya dan ahli-ahli group yang lain akan cuba membantu semampu yang boleh!
Berapakah Harga Untuk Ebook & Semua Bonus Hebat Ini?
Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, saya tawarkan ebook ini kepada anda dengan harga cuma RM80 sahaja!Ya! Hanya RM80 sahaja untuk anda mula meneroka dunia pelaburan saham dengan langkah yang betul!
Namun begitu, saya tidak dapat janji harga ini akan kekal untuk lama! Ia mungkin akan dinaikkan harga pada bila-bila masa.
Jadi, saya sarankan anda dapatkan ebook ini hari ini juga sebelum saya berubah fikiran menaikkan harga ebook ini atau menarik semula 3 bonus istimewa yang saya tawarkan bersama ebook ini!
Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini! Boleh klik butang "Dapatkan Sekarang!" dibawah!
Jaminan Kepuasan 100% Atau Wang Anda Dikembalikan!
Dengan setiap pembelian ebook “Jom Labur Saham” ini, anda akan disertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda dalam memulakan pelaburan saham, saya akan pulangkan wang RM80 anda.
Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!
Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di admin@klikjer.com tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.
Sebenarnya kan… Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, saya sendiri yang akan tanggung.
Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga sebelum peluang pemberian Bonus Percuma di tarik balik pada bila-bila masa!
Klik butang tempah di bawah untuk lakukan tempahan pakej ebook Jom Labur Saham ini pada harga RM80 sahaja SEKARANG ...
Klik Gambar Dibawah Untuk Membuat Tempahan Ebook Ini Sekarang!!.
Sekian,
Dr. Zul Izzi Nordin
(DDSUSM, Remisier Mplus, eCMSRL).
Penulis Ebook Jom Labur Saham.
Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Klikjer Publishing (002746251-P)
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA.
SMS/WhatsApp : +6011-33050950
Return Policy: A refund can be requested within 30 days of purchase if the customer is dissatisfied with our product
Privacy Policy: Your privacy is important to us. We gather basic details like your name, email, and payment information for transactions and service improvements. We use secure systems to keep your data safe and do not sell or share your information. Our site also uses cookies to enhance user experience, which you can disable in your browser settings. We may update this policy periodically, so please review it occasionally. For questions, feel free to contact us.
Earnings Disclaimer: Any income or earnings representations included in this product are for illustrative purposes only and do not guarantee that you will achieve similar results. Earnings potential is highly dependent on the individual, including factors such as effort, experience, and market conditions. This product provides tools and strategies to help you, but success is not assured. There is no promise or representation that you will make any specific amount of money or any money at all. We encourage you to apply this information thoughtfully and consult professionals if necessary.